ADAKAH RUMPAI LAUT MENGANDUNGI KOLEGEN???
JAWAPANYA PALING TEPAT
Isu Satu blog buat kenyataan mengenai rumpai laut yg tidak mengandungi protien (kolagen),hanyalah satu teknk buruk dalam perniagaan . kehadiran rumpai laut mentah dalam pasaran menyebabkan byk produk collagen tidak jalan ..
Bukti yg menyatakan Rumpai Laut membantu mengekalkan kolagen dlm kulit-Dr Muta Harah Zakaria.. Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM
Sumber:Berita Harian.
Isnin, 15hb April 2013
petikannya:
"rumpai laut mengandungi kandungan mineral,asid amino dan beta karotein yang tinggi bagi membantu mengekalkan KOLEGEN dalam kulit"..
Bukti yg menyatakan Rumpai Laut membantu mengekalkan kolagen dlm kulit-Dr Muta Harah Zakaria.. Pensyarah
Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM
Sumber:Berita Harian.
Isnin, 15hb April 2013
FAKTA
MEMbangun estet rumpai laut Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
mailto:ashriq.ahmad@utusan.com
Perladangan secara konvensional dilihat mampu mengurangkan kualiti rumpai laut berbanding kaedah estet yang diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan. Sejarah rumpai laut di Malaysia bermula sejak tahun 1978 lagi di Pulau Karindingan, Semporna Sabah. Ketika itu rumpai laut ditemui tumbuh secara semula jadi dan taburan rumpai laut tersebut telah ditemui oleh seorang penyelidik dari Universiti Hawaii iaitu Profesor Maxwell S. Doty. Beliau telah membawa balik sampel rumpai laut ke makmal di Amerika Syarikat untuk tujuan identifikasi dan menamakannya sebagai Kappaphycus alvarezii.
Nama tersebut adalah sempena nama seorang ahli biologi dari Filipina iaitu Vicente Alvarez. Selepas identifikasi tersebut, rumpai laut dari jenis Kappaphycus alvarezii diperkenalkan secara meluas di Sabah dan ia mula dikomersialkan pada tahun 1989. Rumpai laut merah Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood, industri rumpai laut telah dikenalpasti dapat memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara.
"Industri ini mempunyai nilai komersial berdasarkan kegunaannya sebagai bahan mentah bagi penghasilan produk farmaseutikal, kosmeseutikal dan nutraseutikal. "Malaysia juga merupakan antara negara penyumbang kepada pengeluaran rumpai laut merah dari spesies Eucheuma dan Kappaphycus," ujarnya. Beliau menyatakan demikian pada majlis pelancaran Pameran Rumpai Laut yang disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar di Tawau, Sabah baru-baru ini.

Khasiat rumpai laut sememangnya telah diketahui umum, ia kaya dengan vitamin A,C dan E serta memiliki peranan penting dalam pelbagai industri seperti makanan, tekstil, cat, perubatan dan sebagainya. Pada tahun lalu pengeluaran rumpai ,laut ialah kira-kira 20,000 tan metrik bernilai RM60 juta. Perusahaan tersebut kini telah menjadi sumber pendapatan kepada lebih 1,000 nelayan yang mengusahakan hampir 7,000 hektar kawasan pengkulturan rumpai laut di sekitar perairan Pantai Timur Sabah.
Daerah Semporna, Kunak dan Lahad Datu di Sabah merupakan kawasan yang amat sesuai untuk pengkulturan rumpai laut kerana kedudukannya di dalam kawasan Segitiga Batu Karang yang dikongsi antara Malaysia, Filipina dan Indonesia. Malah, Sabah juga merupakan antara negeri yang memiliki pesisir pantai yang luas berbanding negeri-negeri lain di negara ini iaitu seluas 47,000 kilometer. Menurut Noh, Jabatan Perikanan telah mengenal pasti lebih daripada 80,000 hektar kawasan perairan pantai Sabah yang berpotensi untuk dimajukan dalam projek pengkulturan rumpai laut secara komersial.
"Hari ini projek pengkulturan rumpai laut telah sedia menjadi salah satu landskap pembangunan sosio-ekonomi di perairan pantai Semporna. "Kementerian Pertanian sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri sama ada begitu yakin menyambut tanggungjawab untuk menjayakan rumpai laut sebagai salah satu komoditi Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)," katanya. Namun, perusahaan rumpai laut oleh nelayan tempatan masih dilakukan secara kaedah pengkulturan tradisional dan begitu juga dengan pengendalian hasilnya.
Ia sekali gus mewujudkan keadaan pergantungan kepada tenaga buruh yang terlalu ramai dan kualiti hasil yang tidak terjamin. Pengeluaran rumpai laut dijangka meningkat daripada 20 ribu tan metrik pada tahun 2010 kepada 39 ribu tan metrik pada tahun 2020 dengan kadar pertumbuhan sebanyak 10 peratus setahun. Mini Estet Peningkatan tersebut akan tercapai melalui pertambahan kawasan termasuk pembukaan kawasan baru di Semenanjung Malaysia. Antara spesies yang akan dikembangkan adalah dari spesies Gracillaria khusus untuk kawasan pengkulturan di Semenanjung dan Sarawak. Bagi mencapai sasaran 39 ribu tan metrik pada tahun 2020, Jabatan Perikanan melalui Jabatan Perikanan Negeri Sabah telah merancang pembangunan yang tersusun melalui Zon Industri Rumpai Laut Negara.

Ia akan dilengkapi infrastruktur asas dan lain-lain sistem sokongan industri dengan perbelanjaan awal sebanyak RM7.15 juta bagi memacu industri rumpai laut di Sabah. Jabatan Perikanan turut bekerjasama dengan beberapa institusi penyelidikan tempatan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), SIRIM Berhad dan institusi-institusi pengajian tinggi.
Pada masa yang sama jabatan turut menubuhkan Jawatan Kuasa Teknikal Rumpai Laut sejak tahun 2008 lagi. Ia bertujuan menjalankan usaha kajian dan pembangunan (R&D) rumpai laut dalam pelbagai komponen rantaian nilai industri. Antaranya, R&D bersama Universiti Sains Malaysia (USM) yang memberi komitmen untuk mewujudkan teknologi pengkulturan bagi merangsang pengeluaran rumpai laut dari spesies Gracilaria. Kerjasama jabatan bersama Universiti Malaysia Sabah (UMS) pula akan membangunkan dua projek iaitu Projek Penghasilan Teknologi Pembenihan spesies Eucheuma dan Kappaphycus yang berkualiti tinggi.
Manakala satu lagi adalah Projek Pengkulturan Rumpai Laut Secara Mini Estet membabitkan kos keseluruhan projek sebanyak RM4.51 juta. Kedua-dua projek tersebut dijangka memberi manfaat kepada hampir 1,000 orang pengusaha rumpai laut. Turut terlibat adalah SIRIM Berhad dalam enam program yang melibatkan pembangunan teknologi pengkulturan, pengendalian hasil, pemprosesan, penjenamaan dan pembungkusan.
Kebanyakan hasil program ini akan diperhalusi sebelum ia dikembangkan kepada pihak industri. Sesungguhnya tanpa kerjasama daripada pihak yang terlibat, pembangunan industri rumpai laut negara pasti akan bergerak perlahan. Namun apa yang lebih penting, pembangunan industri rumpai laut ini mampu memberi impak positif dari segi peningkatan taraf hidup rakyat serta ekonomi negara.

SUMBER : Utusan Online Agrobiz
JANGAN LUPA KLIK INI
Tahukah anda!!!!
bahawa salah satu fungsi Vitamin C
adalah merangsang pembentukkan Kolagen dan menjaga kulit anda daripada
rosak . Kulit anda seperti diperbaiki dan kunci kulit anda daripada
rosak.
Bayangkan dengan kehebatan VITAMIN
C dan di tambah dengan kehebatan PURE
MARINE COLLAGEN..........
Kolagen di badan anda akan diserap untuk mencantikkan kulit anda serta
mengoptimumkan kecantikkan kulit anda dengan menghaluskan , memutihkan dan
membersihkan. Ini keranaPURE MARINEC COLLAGEN turut
bertindak sebagai membersihkan toksik dibadan anda sekali gus memcantikkan
kulit anda , menghaluskan dan menegangkan.
- Kebaikan Kolagen Asli dari Rumpai Laut Kering
-Melaraskan BERAT BADAN dan HORMON,
-peningkatan PAYUDARA
-Anti-bakteria,
-membuang TOKSIN
-Menghilangkan SEMBELIT
-Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypotension
-MENCANTIKKAN KULIT,
-MELICIN dan MENEGANGKAN kulit serta PAYUDARA (anti penuaan)
...
-Memulihara sel-sel kulit mati (JERAWAT)
-Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
-Memperbaiki masalah KULIT dan RAMBUT,
-mengurangkan KEDUTAN, TEMPAT HITAM, SELULIT DAN JERAWAT juga RESDUNG
-Membantu meningkatkan METABOLISME
-Meningkatkan fungsi stomatch
-Membantu menghapuskan nefritis(radang buah pinggang), Arthritis (sendi tulang), basal
-Menguatkan saluran darah, mengurangkan penyakit sendi, kecacatan kolagen, darah
badan dan purpura haemorrhagica
-Meningkatkan PEREDARAN DARAH, dingin dan mencegah sakit bahu
-Berkesan bagi orang-orang yang telah sarcoma atau TUMOR
-SLIM UP abdomen dan PUNGGUNG anda, melembutkan kulit dan mengurangkan sakit pinggang
-Mencegah ANEMIA
-Mampu meningkatkan penghasilan susu ibu
-Memperbaiki masalah pengelihatan & batuk
-Mengisi rawan antara sendi, menguatkan tulang, sinews dan ligamen serta lebih rendah sakit belakang dan sebagainya.
-Sesuai utk ibu mengandung 6 bulan ke atas (2 sudu shj)
Mi sayur rumpai laut
Mi sayur diperbuat
daripada rumpai laut memang tidak asing kepada mereka yang menjaga kesihatan
dan pengamal makanan berasaskan sayur (vegetarian) di negara seperti Jepun dan
Filipina. Mereka mengetahui faedah kesihatan
daripada rumpai laut ini dan telah menghasilkannya sejak sekian lama.Kini,
Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Kota Kinabalu telah menghasilkan mi yang
boleh meningkatkan kandungan serat dalam diet kepada lebih 30 peratus
berbanding mi biasa.
"Mi biasa hanya
mengandungi kadar serat sekitar 0.5 peratus sahaja," kata Pakar Sains
Pemakanan UMS, Dr. Ismail Aswawi Kassim, Chan Pei Teng dan Norhafizah Ismail,
yang memenangi pingat perak pada Persidangan dan Pameran BioMalaysia 2010 yang
diadakan tahun lepas. Produk berkenaan adalah
hasil daripada penyelidikan mereka selama dua tahun yang mendapat tajaan
daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Rumpai laut dari
jenis Red Kappaphycus alvarezi dan Caulerpa lentillifera yang
membiak dengan banyak di perairan Sabah terutama di pantai bahagian timur,
dipilih untuk projek berkenaan berikutan kandungan kesihatan yang baik. "Selain serat diet, rumpai laut ini juga kaya dengan
sumber mineral, protein dan vitamin. Ia mengandungi jumlah lipid yang rendah
dan jumlah Omega-3 yang mencukupi," katanya.
Kajian yang dilakukan di
peringkat antarabangsa mendapati bahawa Omega 3, asid lemak yang penting, boleh
membantu merendahkan trigliserida dan meningkatkan kolestrol HDL (kolestrol
baik). Ia juga boleh bertindak sebagai
antikogulen dan mengelakkan pembekuan darah. Kajian juga menunjukkan bahawa
Omega 3 boleh membantu merendahkan tekanan darah tinggi. Patricia Matanjun, yang juga pensyarah kanan Teknologi
Makanan dan Bioproses di universiti itu berkata, mi sayur yang dihasilkan
mereka tidak mempunyai bahan penambah rasa atau pengawet.
"Tidak terdapat
garam - ia amat rendah natrium, kerana ia akan meningkatkan hipertensi. Malah,
tidak terdapat monosodium glutamate. Perasanya adalah dari amino asid dan
semulajadi. Tidak terdapat pewarna tiruan - warna yang anda lihat adalah dari
klorofil dan pigmen karotenod rumpai laut itu sendiri," jelas beliau. Beliau yakin bahawa tarikan produk berkenaan terletak pada
nilai anti-oksidannya yang tinggi.
"Antioksidan,
seperti yang diketahui adalah baik untuk kesihatan yang berkaitan dengan
jantung. Kajian kami menunjukkan bahawa kandungan anti-oksidan di dalamnya
meningkat selepas dididih," katanya.
Mi
berkenaan hendaklah dididih untuk selama lima hingga tujuh minit sebelum
dimakan. Nutrien yang lain juga kekal stabil meskipun melalui suhu panas,
demikian menurut Matanjun.
Dengan mengambil kira 30
peratus daripada hampir 28 juta penduduk Malaysia kini adalah vegetarian
(beragama Buddha, Hindu dan lain), ia memang mempunyai potensi dalam pasaran. Matanjun berharap dapat melihat hasil-hasil penyelidikan
digunakan dalam perniagaan negara ini. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam
Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun, dengan kapasiti sebagai anggota Exco Pendidikan
negeri bersependapat dengan beliau pada Malam Apresiasi Penyelidikan UMS
baru-baru ini.
"Kami bersedia
untuk dikomersialkan namun kilang dan mesin kami hanya boleh menghasilkan
jumlah yang kecil seumpama industri kecil. "Oleh itu, kami memerlukan rakan
kongsi. UMS akan menyalurkan teknologi dan formula, manakala rakan kongsi
berkenaan akan mengendalikan pengeluaran dan pemasaran,''ujarnya. Beliau turut
menyatakan bahawa UMS telah menghasilkan 50 formula berasaskan rumpai laut yang
boleh dikomersialkan pada bila-bila masa.
"Jadi senarai
produk yang boleh diceburi oleh industri bukan hanya terhad kepada mi sayur
sahaja", katanya. Matanjun berkata, satu 'tinjauan rasa' melibatkan 100
pelanggan di pasar raya tempatan memberi maklum balas yang menggalakkan.
Sementara itu, Leong Kun Lan, seorang penganut Buddha dalam lingkungan umur
50-an dan seorang yang mementingkan kesihatan berkata, beliau sudah tentu
menyukai mi sayur berbanding yang biasa.
"Sudah tentu saya
menghargai produk yang dihasilkan sendiri oleh universiti tempatan kita.
"Namun rasanya juga hendaklah bagus dan harganya kompetitif. Pengiklanan
juga perlu dilakukan untuk tujuan promosi dan penekanan hendaklah tertumpu
kepada aspek nutrisi," katanya. Mohammed Ismail, 20, seorang pembantu
jualan di sebuah pasar raya berkata beliau memakan mi hampir setiap hari.
"Ia adalah makanan
kesukaan saya dan mudah disediakan. Saya tahu ia bukanlah suatu yang sihat
tetapi jika anda berkata bahawa mi rumpai laut ini berkhasiat saya sudah pasti
memilihnya dengan syarat rasanya sedap dan tidak begitu mahal," katanya.
Sementara itu, Timbalan Naib Canselor UMS (Penyelidikan dan Inovasi) Prof. Dr.
Rosnah Ismail, berkata, universiti itu sekarang ini mempunyai lebih daripada 20
inovasi yang telah dipatenkan.
"Saya gembira
kerana akademi kita memberi tumpuan bukan sahaja kepada syarahan malahan kepada
penyelidikan. Ia menjadi pelengkap antara satu sama lain. "Kami menerima
banyak sokongan bagi penyelidikan dalam bentuk pembiayaan daripada kementerian
dan organisasi antarabangsa yang berkenaan,'' katanya lagi. Apa yang kami
sangat-sangat perlukan sekarang ini ialah sokongan industri agar dapat kami
terjemahkan inovasi dan reka cipta kami kepada masyarakat atau yang
memanfaatkan pengguna," katanya.
sumber:
Utusan Malaysia Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan