Sup Rumpai Laut
Rumpai laut atau nama glamournya...Dry seaweed......Biasanya kalau melihat cerita
bersiri Korea, sup rumpai laut nie sesuai dimakan oleh mereka yang lepas berpantang.
Dalam keluarga TinTa, Aiman yang suka makan sup rumpai laut nie, dia panggil
sup nie, Sayur hitam.Mungkin semasa kecil dia dijaga oleh neneknya, tulah sebab anak
saya nie mengikut selera neneknya suka mkn sup dan sayur.
BAHAN-BAHAN
air secukupnya
RumPai Laut(direndam dan dicuci)..toskan
6 ulas bawang putih ditumbuk
4 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar(biar camtu je)
kiub ayam
sedikit isi ayam dicincang(nak guna udang pun boleh)
telur dua biji
sedikit halia diketuk
Tomato(nak letak apa2 sayur pun boleh)
bawang putih dan merah goreng(optional)
Daun Sup
sedikit batang celery dihiris
sedikit minyak masak utk menumis
CARA-CARA MEMBUATNYA
- Tumiskan bawang bawang putih yang ditumbuk dan diketuk setelah naik bau
- masukkan sedikit halia.
- masukkan isi ayam
- bila isi ayam dah hampir masak masukkan telur
- Bila dah agak garing isi ayam dan telur masukkan air dan juga bawang besar
- bila dah mendidih masukkan batang celery dan rumpai laut
- Akhir sekali baru masukkan tomato,bawang goreng dan juga daun sup...
- (saya tak guna daun sup hari tu)....abis stok...
CARA PENYEDIAAN RUMPAI LAUT
Rumpai laut kering yang belum diproses rupa ia seperti ini. Setiap pek 100gm
boleh dimasak sekali gus atau sebahagian sahaja dahulu. Untuk pengambilan
selama 3-4 minggu.
Kolagen rumpai laut dari spesies terbaik, Euchima cottoni, diusahakan secara organik, berwarna keemasan dan bergred AAA. Sangat kenyal/liat dan masin (rasa air laut) selepas melalui proses pengeringan di bawah terik matahari, tapi menjadi amat lembut (kembang) selepas direndam semalaman (juga sudah tawar rasa nya). Sebab itu anda perlu membasuhnya beberapa kali sebelum direndam dan beberapa kali lagi selepas semalaman direndam, kemudian ditos dan direbus dengan air secukupnya (2.5-3 liter air).
Selesai direbus, kolagen rumpai laut hancur dan menjadi seperti gel/jeli/agar2. Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk. Ambil 3-4 sudu besar setiap pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur, boleh dimakan begitu saja tanpa campur apa2 atau dimasukkan dalam jus minuman kegemaran.
Kelebihan menggunakan kolagen asli ini, selain harganya yang jauh lebih murah dan bebas kimia, serta dapat dipelbagaikan rasa apabila diambil bersama minuman kegemaran, ia juga memiliki keistimewaan untuk dibuat masker wajah.
Caranya, cuci bersih wajah dengan sabun pembersih dan bilas. Lebih elok jika diwapkan wajah selama 10-15 minit bagi membuka liang2 pori kulit, kemudian baru sapu gel kolagen ini di serata wajah dan leher. Biar ia kering sebelum dibersihkan atau boleh dibuat tidur semalaman sebelum dicuci esok pagi. Ia pantas serap, tidak melekit atau berbau. Hasilnya pori2 kulit wajah lebih halus, lembut, anjal dan cerah. Amalkan selalu untuk hasil yang lebih menawan.
Selain penyediaan masker wajah asas ini, anda juga boleh mencampurkan nya dengan bahan lain mengikut kesesuaian jenis kulit. Contohnya untuk kulit berminyak, sebatikan gel kolagen ini bersama sebiji tomato ranum yang dibuang biji dan kulit serta dilenyek halus. Campuran ini kemudiannya disapu pada wajah dan dibiar kering selama 20-25 minit sebelum dibersihkan. Ia mampu mengimbangi pengeluaran minyak berlebihan selain menjadikan kulit lebih halus dan bersih.
Bagi mereka yang berkulit normal pula, campuran madu bersama gel kolagen ini lalu dibuat masker wajah, akan membuatkan kulit mereka tampak lebih berseri, segar dan bercahaya. Manakala bagi yang berkulit kering, boleh cuba mencampurkan gel kolagen ini dengan susu tepung atau jus lemon bagi mengembalikan kelembapan kulit dan membuatkan anda tampak lebih muda dengan melambatkan tanda2 penuaan lain.
Walau bagaimana pun, pengambilan kolagen ini sebagai pemakanan tambahan setiap hari akan memberikan kesan langsung terhadap kesihatan dalaman diri anda secara keseluruhan, dan akan terserlah di luaran melalui wajah serta kulit badan yang tampak segar dan berseri dari hujung rambut ke hujung kaki..
RESEPI - PUDDING COLAGEN KABILAH
Rumpai laut ni boleh dimakan begitu sahaja selepas di petik di laut....FRESH gituKOLAGENnya
Tak percaya tanya kat PUAN KABILAH -
supplier kami.........
Hari nak kongsi satu resepi yang mungkin anda semua nak tahu....rumpai laut
Hari nak kongsi satu resepi yang mungkin anda semua nak tahu....rumpai laut
boleh buatpudding...........pasni mesti ramai plak jual PURE MARINE COLLAGEN PUDDING..
Caranya: -
PUDDING COLLAGEN KABILAH |
Bahan - bahannya :-
1/2 gelas rumpai laut ( Yang sudah di blender atau dipotong )
4 gelas susu penuh krim
1 gelas gula
1 sudu kecil vanila
1 sudu kecil perisa oren ( tak nak letak pun bole atau diganti dengan pewarna )
4 gelas susu penuh krim
1 gelas gula
1 sudu kecil vanila
1 sudu kecil perisa oren ( tak nak letak pun bole atau diganti dengan pewarna )
Caranya: -
1. Susu di panaskan hingga mendidih
2. Tambah rumpai laut dan biarkan ia mereneh sehingga ia memekatkan.
3. Tambah gula, vanila dan perasa oren.
4. Masukkan dalam tempat
5. Sejukkan dan letak dalam peti sejuk.
2. Tambah rumpai laut dan biarkan ia mereneh sehingga ia memekatkan.
3. Tambah gula, vanila dan perasa oren.
4. Masukkan dalam tempat
5. Sejukkan dan letak dalam peti sejuk.
FRUIT COCKTAIL WITH SEAWEED
FRUIT COCKTAIL WITH SEAWEED
BAHAN - BAHAN
- 100 GRAM RUMPAI LAUT YANG SUDAH DIRENDAM DAN DIBILAS, TOS 3-4 KALI
- 1 TIN BUAHAN CAMPUR
- AIR SEJUK
- AIS
CARA-CARANYA
- POTONG KECIL-KECIL RUMPAI LAUT TERSEBUT
- SEDIAKAN MANGKUK
- MASUKKAN 1 TIN BUAH CAMPUR DAN RUMPAI LAUT YANG
- DIPOTONG-POTONG KECIL DAN
- AIR KEDALAM MANGKUK YANG DISEDIAKAN
- GAULKAN
- UNTUK LEBIH SEDAP , TAMBAH AIS
Kerabu Rumpai Laut
Bahan-bahan ( sekali makan )
- rumpai laut
- sedikit mangga muda - potong nipis2
- 2 biji tomato - potong sesuka hati
- 1 ulas bawang besar - potong nipis2
- cili padi - kuantiti sesuka hati
- 3,4 biji limau nipis
- garam dan sos ikan
Cara-cara
- potong rumpai laut, basuh kasi bersih, ramas dgn garam n celur dgn ari panas then toskan
- gaulkan semua bahan, perah limau n ready to eat..(kalau rasa dia xmenepati citarasa..pepandai la modified..)
- dah siap pun..
10 ulasan:
salam sejahtera ..bole x kalo saya nak amik gambo n resepi rumpai laut ni?
Assalamualaikum... minta izin nak copy paste yea.T kasih
Terima kasih atas resepi yang menarik. Mohon share resepi dan gambarnya ya.
mohon share tQ
mohon untuk share
nak try ni...
jangan dip dlam air panas... all turns into jelly! hahahhaaa... will try again without air panas.
Salam Perkenalan, Sy nadia sophie, juga pengedar rumpai laut, mohon izin utk copy paste resepi masakan anda ni utk tatapan para pengguna rumpai laut. masih ramai yg kurg pengalaman memasak rumpai laut termasuklah sy. terima kasih :) jemput ke fb sy facebook.com/nadia.sophie.125 tq
mohon share
Salam jika ingin membeli rumpai laut Gred AAA kaler ungu RM 10 100 Gram Sila call sy ditalian 013-3189896 atau fb sy hazwan fuad hazwan
Thanks admin
Catat Ulasan